08 November 2009

Lawatan Belajar ke Cameron Highlands



Lawatan Belajar ini disertai oleh 40 orang murid SKBS dan 5 orang guru. Bertolak pada 4 november 09 jam 10.30 malam. Sampai di Cameron Highland jam 4 pagi. Tidur dalam bas sementara tunggu waktu subuh dekat masjid Brincang.
Selepas solat ada yang mandi walaupun sangat sejuk. Air tu macam ais. Lepas tu sarapan pagi dekat Brincang juga. Lawatan pertama ke MARDI lihat pelbagai tanaman dan bungaan di sana. Masa tu hujan sikit tapi tak lah membantut aktiviti. Murid teruja semacam je.
Tempat ke dua pergi ladang ternakan lebah. Di sini murid mencuba bermain rumah sesat. Hanya 4 orang murid sahaja berjaya keluar, yang lainnya tak dapat cari jalan keluar termasuk Cikgu Zainuddin. Berpeluh-peluh walaupun cuaca sejuk. Terpaksalah penjaga rumah sesat tu membantu untuk cari jalan keluar.


Lawatan tempat ke tiga menaiki bas khas masuk ke ladang Teh Boh melihat bagaimana teh diproses. Perjalanan agak mencabar kerana laluannya agak sempit dan berliku-liku disamping gaung yang dalam.

Tempat seterusnya ke kedai cenderamata. Murid sangat teruja membeli pelbagai cenderamata untuk buah tangan keluarga. Di sini agak lama juga kerana banyak gerai yang dilawati termasuk tempat pokok-pokok bunga.
Makan tengahari agak lewat sedikit kerana singgah membeli sayur-sayuran dan buah strawberry nak bawa balik. Di sini habis lah duit budak-budak tu. Tapi tak kisah makan semuanya ditanggung.
Pukul 4 petang bertolak pulang singgah di Kuala Kangsar tengok tempat buat Labu Sayong. Dah lewat sampai pukul 6 petang. Singgah beli KFC dekat pekan Kuala Kangsar dan bertolak makan di R&R Bukit Gantang. Sembahyang Jamak Takhir dan makan di situ.
Lepas tu bertolak balik terus ke SKBS sampai 11.00 malam. Waris dah menunggu anak-anak. Alhamdulillah syukur banyak-banyak !!!!! selamat.

4 comments:

  1. QASDINA BTE. MOHD FAUZIMay 31, 2010 at 6:56 AM

    windu sgt ngan cikgu kolah nie..........baru setaon x jumpew dah windu.........tmbh plak cikgu kesanyangan sy ustazah bainah,cik rozaini,teacher chin......bilew bley jumpew mekew erk?.......klu sapew2 de bace msj nie kim salam kat semua cikgu from sy........QASDINA K.............luv u ..........to:cikgu sk bukit selambau

    ReplyDelete
  2. kesian kat cikgu bahasa malaysia Qasdina ni.. baru setahun tak jumpa, ejaan pun dah kacau bilau.... sorry... just kidding..... hehe..

    ReplyDelete
  3. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:

    ReplyDelete
  4. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:

    ReplyDelete