24 November 2009

Pelajar Bermasalah Lebih Mengingati Guru


          BETULKAH pelajar yang selalu melanggar disiplin dan diambil tindakan lebih mengingati guru-gurunya berbanding pelajar yang cemerlang dalam akademik? Saya tidak mahu menyatakan ya kerana tiada perkaitan signifikan antara pelajar bermasalah dan hubungannya dengan guru. Tetapi berdasarkan pengamatan saya dan pandangan umum daripada rakan guru, itulah yang berlaku.
          Apabila pelajar ini bertemu dengan guru mereka tidak cuba mengelak, malahan merekalah yang lebih dahulu menyapa guru mereka walaupun mereka pernah didenda agak teruk oleh guru berkenaan. Apatah lagi jika mereka ini sudah berjaya memegang jawatan penting atau bergaji lumayan. Ini berbeza keadaannya dengan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan tidak pernah melanggar disiplin. Mereka inilah yang lebih malu dan cuba menghindari guru mereka. Mengapa? Saya tidak pasti jawapan anda, tetapi bagi saya inilah kesilapan para guru yang mungkin tidak disedari. Hubungan kita dengan dua kelompok pelajar tadi serta berapa berapa banyak masa kita habiskan dengan mereka memang berbeza.
       Walaupun para guru tidak menyenangi pelajar-pelajar yang selalu melanggar disiplin, namun banyak masa dihabiskan untuk mereka. Para guru kerap berhubung terus dengan mereka, bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah mereka dan kerap menasihati dan mendenda mereka.Malahan hubungan guru dengan keluarga pelajar sebegini lebih rapat atas alasan disiplin. Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang baik yang merupakan majoriti di sekolah.
       Berapa lamakah kita habiskan masa untuk mereka, berinteraski dengan mereka dan mengambil tahu tentang diri dan masalah mereka. Kita berpuas hati kerana mereka sudah baik dan cemerlang dalam akademik, lalu kita membiarkan mereka. Sebenarnya pelajar yang cemerlang selalu diberikan kepercayaan untuk mengurus diri sendiri. Lalu mereka ini dibiarkan tanpa hubungan yang lebih rapat dan berterusan. Selain interaksi dalam kelas sewaktu P&P, bilakah lagi masa kualiti yang guru luangkan bersama mereka?
 
Posted in September 19th, 2007

23 November 2009

Aktiviti semasa cuti Sekolah


       Pada hari Ahad pertama cuti persekolahan, sebahagaian besar guru hadir ke sekolah untuk membuat 'headcount dan post mortem' keputusan peperiksaan. Guru-guru juga hadir pada hari-hari seterusnya untuk menyelesaikan segala tugasan yang masih belum diselesaikan untuk tahun 2009.
       Bangunan KEKWA kini sedang giat diubah suai dan dijangka dapat dilihat perubahan besar dan ceria apabila dibuka semula pada 2010 nanti.
        Murid-murid tahun 6 yang berjaya mencapai keputusan cemerlang kini  sibuk mengisi borang dan mengesahkan sijil-sijil untuk membuat permohonan ke sekolah menengah pilihan masing-masing.

SK BUKIT SELAMBAU CEMERLANG


Tahniah. 
Seramai 13 orang murid telah mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR 2009. 12 orang murid mendapat 4 A dan 1 B.

09 November 2009

Guru Perlu Ubah Persepsi



Posted by Dr. Tengku Asmadi
Apabila guru mempunyai persepsi yang salah terhadap sekolah, kelas, dan pelajar maka sukar untuk mereka bermotivasi dalam mengajar dan mengatasi cabaran sebagai seorang guru. Berikut adalah beberapa contoh persepsi yang wujud:
• Sekolah ini sekolah kampung, pelajar-pelajar di sini pastinya rendah kualitinya.
• Sekolah ini untuk anak-anak orang kaya dan ternama, pelajar-pelajar di sini pasti bermasalah.
• Kelas ini memang kelas tercorot, buat apalah menyediakan bahan-bahan yang banyak dan bersungguh-sungguh,mereka bukannya boleh buat.
• Pelajar ini memang bermasalah, nasihat pun tidak berguna.
• Pelajar ini mengadu pada ibu bapanya hinggakan mereka datang buat kacau di sekolah, janganlah pedulikan dia.
Malah pelbagai lagi persepsi yang wujud dalam fikiran seorang guru. Persepsi menentukan fokus dan emosi mereka. Apabila guru fokus kepada masalah mereka menjadi kurang bermotivasi. Sebaliknya apabila guru fokus kepada penyelesaian mereka pasti bermotivasi mencari jalan dan melihat pelbagai alternatif yang boleh digunapakai.

Hang Tuah Gagal SPM



Sedar tak sedar kita telah sampai penghujung persekolahan. Tidak beberapa hari lagi kita semua akan bercuti. Di hujung persekolahan ini agak sibuk dengan urusan-urusan yang perlu diselesaikan disamping masih ada aktiviti-aktiviti yang belum selesai. Murid-murid pun dah tidak berminat nak belajar, so cikgu kenalah buat aktiviti pembelajaran atau kokurikulum yang menyeronokkan. Kalau tak, kelas pun tak ramai murid yang hadir.
Sebagai guru, di hujung tahun ini kenalah lihat pencapaian diri sendiri. Sejauh mana kita telah mencurahkan keringat bakti terhadap anak didik kita. Adakah kita telah berpuas hati dengan kerja-kerja kita atau berbaloikah hasil yang kita dapat berbanding kerja yang kita lakukan?
Mahu atau tidak itulah yang perlu kita lakukan dengan bermuhasabah diri. Bukan apa, supaya apa yang kita dapat itu diberkati oleh Allah SWT. Jika kita lalai dengan tugas-tugas kita kenalah kita beristighfar memohon ampun daripada Allah SWT agar hati kita sentiasa tenang. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun jadi merendah dirilah memohon kepadanya. Selain itu curahlah khidmat bakti dalam bidang apa saja supaya dapat menampung di mana yang kurang.
Moga hidup kita bersama ahli keluarga tersayang sentiasa diberkati dan dirahmati.
Selamat Bercuti.

Satu Tujuan.......Allah

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!

08 November 2009

SKBS Naib Johan Tarian



SKBS menjadi Naib Johan Tarian murid pemulihan Khas yang diadakan di negeri Johor pada 4 November. Tahniah !!!

Lawatan Belajar ke Cameron Highlands



Lawatan Belajar ini disertai oleh 40 orang murid SKBS dan 5 orang guru. Bertolak pada 4 november 09 jam 10.30 malam. Sampai di Cameron Highland jam 4 pagi. Tidur dalam bas sementara tunggu waktu subuh dekat masjid Brincang.
Selepas solat ada yang mandi walaupun sangat sejuk. Air tu macam ais. Lepas tu sarapan pagi dekat Brincang juga. Lawatan pertama ke MARDI lihat pelbagai tanaman dan bungaan di sana. Masa tu hujan sikit tapi tak lah membantut aktiviti. Murid teruja semacam je.
Tempat ke dua pergi ladang ternakan lebah. Di sini murid mencuba bermain rumah sesat. Hanya 4 orang murid sahaja berjaya keluar, yang lainnya tak dapat cari jalan keluar termasuk Cikgu Zainuddin. Berpeluh-peluh walaupun cuaca sejuk. Terpaksalah penjaga rumah sesat tu membantu untuk cari jalan keluar.


Lawatan tempat ke tiga menaiki bas khas masuk ke ladang Teh Boh melihat bagaimana teh diproses. Perjalanan agak mencabar kerana laluannya agak sempit dan berliku-liku disamping gaung yang dalam.

Tempat seterusnya ke kedai cenderamata. Murid sangat teruja membeli pelbagai cenderamata untuk buah tangan keluarga. Di sini agak lama juga kerana banyak gerai yang dilawati termasuk tempat pokok-pokok bunga.
Makan tengahari agak lewat sedikit kerana singgah membeli sayur-sayuran dan buah strawberry nak bawa balik. Di sini habis lah duit budak-budak tu. Tapi tak kisah makan semuanya ditanggung.
Pukul 4 petang bertolak pulang singgah di Kuala Kangsar tengok tempat buat Labu Sayong. Dah lewat sampai pukul 6 petang. Singgah beli KFC dekat pekan Kuala Kangsar dan bertolak makan di R&R Bukit Gantang. Sembahyang Jamak Takhir dan makan di situ.
Lepas tu bertolak balik terus ke SKBS sampai 11.00 malam. Waris dah menunggu anak-anak. Alhamdulillah syukur banyak-banyak !!!!! selamat.